Onani Dan Seluar Ketat Punca Dara Wanita Jadi Rosak

Letaknya di antara 1 atau 2 cm dari bibir luar vagina dan bentuknya
bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara
yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit / semilunar dan mempunyai
pemisah (septum).
Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara
biologinya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia memiliki “beban yang
berat” kerena dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan. Selain
berhubungan intim ternyata selaput dara juga bisa pecah, hal-hal yang
menyebabkan selaput dara pecah antara lain:
- Terjatuh
- Memakai seluar yang terlalu ketat
- Masturbasi
- Perawatan yang dilakukan pada liang vagina
- Gangguan penyakit pada saluran vagina
- Kecelakaan dan aktivi berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.
Memakai jeans ketat boleh menjadi penyebab kepada JANGKITAN FARAJ. Jeans
ketat seperti skinny jeans (juga legging dan seluar dalam) mengurangkan
pengaliran udara ke kawasan faraj. Ini meningkatkan tahap kelembapan di
sekitar faraj dan vagina, seterusnya menyediakan kawasan perumahan yang
sesuai untuk yis, bakteria, virus dan parasit.
Selain jeans ketat, jangkitan pada kawasan vulvovagina (atau vulvovaginitis) juga berlaku kerana :
- Tahap estrogen yang rendah di kalangan wanita-wanita yang sudah mengalami putus haid (menopaus) menyebabkan vagina kering.
- Alergik kepada buih sabun, pembersih faraj dan wangian Tahap kebersihan yang rendah di kalangan kanak-kanak
- Jangkitan daripada pasangan melalui aktiviti seks (sexually transmitted disease – STD)
Ajarlah anak-anak atau adik-adik anda untuk membasuh kawasan kemaluan
dari depan ke belakang bukan sebaliknya, kerana dikhuatiri kuman dari
saluran dubur akan menjangkiti faraj. Vulvovaginitis adalah jangkitan
yang kerap ditemui di kalangan kanak-kanak kerana pH vagina masih tidak
sesuai untuk menghindari jangkitan kuman.
Antara tanda-tanda yang perlu kita sebagai perempuan ambil tahu ialah :
- Gatal-gatal di sekitar kemaluan
- Ruam panas
- Keluarnya cecair dari faraj
- Vagina berbau
- Tidak selesa atau sakit ketika melaksanakan hajat kecil
Perhatikan warna cecair faraj sama ada hijau kekuningan, putih atau
kekelabuan. Periksa cecair yang keluar dari kemaluan anda selepas
hubungan kelamin, terutamanya jika baunya hanyir seperti ikan.
0 Response to "Onani Dan Seluar Ketat Punca Dara Wanita Jadi Rosak"
Post a Comment