Aku Isteri Orang, Dia Suami Orang Kami Terlanjur Dan...........
Hubungan rahsia kami mencecah hampir 4 bulan. Pada awalnya, kami hanya
suka-suka berkawan. Tidak kami sangka, pertemuan demi pertemuan
membuahkan bibit cinta antara kami. Sejak itu, hidup kami diibaratkan
sebagai pasangan suami isteri yang sah
Hari-hari berjumpa, hari-hari “bersama”, bahkan kami langsung tidak
boleh dipisahkan. Isteri kepadanya, sakit. Sakit yang tidak membolehkan
si dia melayan nafsu di ranjang. Tapi, aku boleh. Aku mampu memberinya
kenikmatan seperti mana yang dia mahukan.
Dan aku bahagia ketika bersama. Aku dapat rasakan cintanya pada aku
selepas kami bersama. Jujur aku katanya, aku rela melakukan apa sahaja
deminya.Aku pula, suami aku
sering saja outstation. Berhari-hari kerja luar. Aku terasa sunyi. Bila
dia balik, takde benda lain yang dia mahukan dari aku. Hanya SEKS!!
Seks tanpa perasaan… aku jadi benci! Aku tak boleh lagi menipu diri aku
sendiri.
Aku sedar, kami berdosa. Terlanjur… Aku mahukan perhubungan yang halal
bersamanya. Tapi, aku isteri orang dan dia suami orang. Dia tak boleh
berpisah dengan anak-anaknya. Isterinya mengugut dia, seandainya
terbukti dia ada perempuan lain, isterinya tidak membenarkan dia
berjumpa lagi dengan anak2nya.
Aku terkilan, pernah aku meminta hubungan kami diputuskan. Tapi, dia tak
rela membiarkan aku pergi kerana dia amat menyayangiku.. aku buntu!!
Apakah yang wajar aku lakukan untuk menamatkan kisah ini? Aku tak mampu kehilangan dia.. hatiku akan mati. Jiwaku akan musnah.
Adakah hidup ini terlalu kejam pada aku..
0 Response to "Aku Isteri Orang, Dia Suami Orang Kami Terlanjur Dan..........."
Post a Comment