'Mama Janganlah Sedih, Rhaina Okay...'
Hati ibu mana yang tidak sedih melihat anak kesayangan menderita kanser seperti ini. Rhaina Keila, yang dahulunya sempurna, diduga dengan kanser dan ketumbuhan yang tidak dipinta. Moga keluarganya tabah. Sama-sama kita sedekahkan doa untuk Anak kecil ini. Amin
Saya nekad, saya akan berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya bernama Rhaina Keila. Sila baca, kerana di setiap gambar ada ceritanya.
- , kerana di setiap gambar ada ceritanya.

2013, saya disahkan mengandung anak teman lelaki saya. Saya menangis sebab saya belum bersedia unuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tetapi teman lelaki saya memberitahu dia sanggup memikul tanggungjawab itu dan menjadi ayah yang baik kepada anak kami.
25 Disember 2013, 6.40 pagi, baby selamat dilahirkan. Welcome baby Rhaina Keila Boado Padilla. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan anak yang sempurna ini.
Pergi klinik untuk follow up check up.
25 November 2014, kami tengah membuat persiapan untuk hari lahir pertama Rhaina. Tetapi hari yang sepatutnya gembira itu bertukar menjadi mimpi ngeri.
Kami semua teruja bukan kerana Hari Krismas, malah menyambut hari kelahiran pertama Rhaina. Kami dah rancang dan buat persediaan yang rapi untuk birthday pertamanya sebab kami mahu membuatnya gembira dan rasa dirinya istimewa.
Ketika berusia 11 bulan, kami perasan ada reflection yang pelik di bahagian mata kiri Rhaina. Ia seperti pantulan cahaya yang biasa terdapat pada kucing pada waktu malam. Jadi, kami bawa Rhaina berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada mata Rhaina.
Rhaina mengalami Retinoblastome di bahagian mata kirinya, tumor malignan mata yang biasa menyerang kanak-kanak. Doktor menjelaskan kepada saya bahawa ujian perlu dilakukan segera dan memilih rawatan yang ada. Kami diberikan dua pilihan rawatan.
Keluarkan mata Rhaina atau memulakan kemoterapi.
Tetapi kami buat keputusan untuk mengeluarkan mata Rhaina agar ia tidak merebak ke bahagian otak dan mata kanan. Syukur mata kanannya mempunyai pengelihatan yang sempurna.
Seminggu kemudian, kami pergi ke Baguio lagi untuk follow up check up. Balutan di kepala dan matanya dibuka. Walaupun dia hanya mempunyai satu mata, dia masih kelihatan sempurna di mata saya.
Tak tahu nak rasa apa pada ketika ini melainkan rasa gelisah akan masa depannya kelak.
Dia diberi menggunakan mata palsu. Nampak seperti normal, seperti tiada apa-apa yang dikeluarkan dari badannya. Kami ingat, segalanya baik-baik saja sehingga... rupa-rupanya hanya 'kegembiraan' seketika sahaja bila mana keadaan Rhaina menjadi lebih teruk.
Kami buat segala ujian, namun keputusan ct-scan Rhaina tidak normal. Doktor jelaskan keputusan itu kepada saya dan memaklumkan terdapat ketumbuhan baru. Rhaina perlu jalani MRI untuk pengesahan.
Hari demi hari berlalu. Doktor sarankan Rhaina buat MRI secepat mungkin namun kita tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk melakukan prosedur itu. Syukur pada tuhan membuka hati saudara mara, keluarga dan kawan-kawan berikan bantuan kepada kami.
Kami jadualkan rawatan kemoterapi pertamanya pada 21 Disember 2015 dan dos kali ini lebih tinggi dari sebelumnya. Kemoterapi ini dilakukan sebelum Rhaina berusia 2 tahun.
Kanser Rhaina telah meningkat ke tahap keempat. Kami buat keputusan untuk hentikan rawatan kemoterapi.
Kami tak dapat jelaskan betapa gembiranya dia bila dia dibenarkan pulang. Bila tiba di rumah, dia nak turun dan bermain meskipun dia tidak berkemampuan untuk bergerak secara normal. Saya gembira melihat dia tersenyum pada hari itu. Dia kata, dia tidak mahu pergi ke hospital lagi yang saya rasa dia trauma dengan jarum suntikan yang hinggap ke badannya setiap ketika berada di hospital. Dia tak boleh langsung dengar perkataan hospital.
Bagi kami, dia tetap anak kami dan akan diberi layanan istimewa dan seperti anak yang normal. Pulang saja dari Pugad, dia tak henti-henti berkata yang dia sangat gembira melihat haiwan-haiwan di mini zoo itu tadi.
Semakin teruk. Ketumbuhan di wajahnya semakin cepat. Hari ini, dia hanya mahu baring sahaja. Dia cepat keletihan walaupun hanya duduk beberapa minit. Dia tidak dapat mengimbangi kepalanya kerana ketumbuhan itu.
Minuman Chuckie merupakan minuman kegemarannya. Biasanya dia gembira bila melihat air kotak ini, namun perkataan gembira itu tidak sesuai dengan wajahnya lagi kerana dia tidak dapat menunjukkan senyuman manisnya kerana ketumbuhan itu. Walaupun dia gembira, wajahnya tidak menunjukkan ekspressi gembira.
Sebulan semenjak discaj dari hospital. Sel kansernya sangat agresif. Habis keseluruhan wajahnya, dada, leher dan tangan kirinya turut terjejas. Meskipun dalam keadaan sebegini, dia mahu mahu menyambut majlis hari lahirnya yang ketiga. Kami dapat rasakan keinginan dia untuk hidup lebih lama. - Brave Little Rhaina

Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini
She will be gone..it has affected her entire face and all the important organs, mouth, ears nose and brain not to menntion throat..the mother should go back and make an attempt to KILL the spreading tumor from the left eye!
ReplyDeleteMasih ada pilihankah? Semangat dia benar-benar mengagumkan saya
ReplyDelete