Pekerja Wanita Dipaksa Beratur Dapatkan Ciuman Bos Setiap Pagi Untuk 'Rapatkan Hubungan'
#@$%&%
Sumber : penhijaudaun
#@$%&%
China - Semua pekerja wanita di sebuah syarikat di Beijing, China disuruh beratur untuk mendapatkan 'ciuman' dari bos setiap pagi sebelum memulakan kerja.
Menurut AsiaOne, bos di syarikat mesin kilang bir itu meletakkan peraturan tersebut bagi 'merapatkan hubungan baik antara rakan sekerja.'
Portal Xin Min Wang Daily dipetik berkata, staf di syarikat itu disuruh beratur untuk 'menerima' ciuman dari lelaki itu yang juga pemilik syarikat tersebut.
Amalan 'merapatkan hubungan' itu dilakukan antara jam 9 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari.
Menurut staf syarikat terbabit, bosnya mendapat idea itu dari sebuah syarikat di Amerika yang turut sama mengamalkan amalan tersebut.
Portal People.cn pula melaporkan, lelaki berkenaan berkata dia selalu ke luar negara dan menyaksikan amalan itu dilakukan di sebuah syarikat di Amerika.
Beliau mendakwa amalan itu boleh menjana perpaduan yang lebih untuh di syarikat itu dimana hubungan antara bos dan staf wanita ibarat 'ikan dan air'.
Malah dia juga mendakwa para pekerjanya lebih bersatu hasil dari amalan itu.
Orang ramai yang menonton video amalan itu ternyata terkejut selepas video terbabit menjadi viral di media sosial China.
Laporan juga mengatakan, kebanyakan staf wanita di syarikat itu patuh kepada peratura itu dan hanya dua orang sahaja yang letak jawatan kerana tidak dapat menerima amalan terbabit.
Sumber : penhijaudaun
Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini
0 Response to "Pekerja Wanita Dipaksa Beratur Dapatkan Ciuman Bos Setiap Pagi Untuk 'Rapatkan Hubungan'"
Post a Comment