Lelaki Maut, Gear Box Lori Tercabut Terpelanting Hempap Kereta
Subang Jaya: Seorang pemandu kereta maut selepas kereta yang dipandunya telah dihempap pemacu gear lori seberat 20 kilogram di kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur keluar Subang Jaya, di sini, petang semalam, lapor Harian Metro.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam, namun secara tiba-tiba komponen lori yang diekorinya tercabut dan terpelanting ke arah mangsa di dalam kereta.
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan terpelanting ke arah kereta mangsa.
"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat."Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,''katanya ketika dihubungi.
Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini
0 Response to "Lelaki Maut, Gear Box Lori Tercabut Terpelanting Hempap Kereta "
Post a Comment