Hari ini FaizzNur yang didakwa songlap duit dua orang anak saudaranya tampil bersama peguamnya di mahkamah.
KUALA LUMPUR 21 Okt. - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengekalkan perintah ex parte (sebelah pihak) untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak mangsa kemalangan maut di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE), tahun lalu.
Pada 19 Mei lalu, ibu saudara dua kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 48, berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.
Sementara itu, dua bulan kemudian iaitu pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.
Dalam kejadian 2 Mei tahun lalu di Kilometer 6.2 arah Ulu Klang ke Jalan Duta, Fairuz Nizam Husain dan Nova Safitri Azhari serta anak mereka, Nur Firuza Annisa yang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Putrajaya, maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan mereka. - UTUSAN ONLINE
Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini
0 Response to "Hari ini FaizzNur yang didakwa songlap duit dua orang anak saudaranya tampil bersama peguam"
Post a Comment