《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close
loading...

Abang Aku Ustaz Hensem Pulak Tu Tapi Dia Pilik Isteri Yang TAK CANTIK Aku Frust Sebelum Tau

Abang Aku Ustaz. Hensem Pulak Tu. Tapi Dia Pilik Isteri Yang TAK CANTIK. Aku Frust Sebelum Tau


Sudah menjadi lumrah setiap orang suka akan keindahan dan kecantikan. Begitu juga dalam memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan lebih mudah tertarik kepada penampilan secara luaran terlebih dahulu.


Kisah yang kami nak kongsikan ini benar-benar buka mata yang kecantikan bukanlah menjamin kebahagiaan rumahtangga. Siapa je yang sanggup lepaskan kerja sebagai pensyarah semata-mata kerana mahu menjaga ibu mertua dan nenek yang terlantar sakit? Walaupun selekeh dan tak bergaya, keperibadian wanita ini memang kami salute!



Berangan nak ada kakak ipar cantik



Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat Mesir dlu, kira orang kuat la. So aku pernah dengar la ada 2 3 orang perempuan syok kat dia. Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku. Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis. Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada kakak ipar cantik. Yang boleh layan gila-gila aku. Last-last tengok, alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam. Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang even macam orang tua-tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia. Cuma aku still berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.



Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib gila, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.



4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia lilit. Tak mekap lansung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza gila muka dia. Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la. tu pun sebab kena paksa dengan kakak dia. Kakak dia muo, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. dia malu sangat nak ambil gambar. Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia rancak bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus diam. Aku tengok bahagia ja diorang. Adik beradik aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tersebut pasal model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.



Kakak ipar sanggup berhenti kerja jaga mak & nenek



Tahun lepas mak aku sakit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong. Aku lansung tak tolong, kami dua beradik ja. Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan najis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku. Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang-sorang. Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia lansung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik. Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang sakit.



Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah. Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat2 tak nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.
Mak syurga abang aku, dia kena jaga syurga tu



Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat ig, dia tak gila mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia sayang abang aku seadanya. Sanggup susah bersama even dia dah ada semua. Lansung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku. Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang-sorang, ambik la maid. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.



Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain drpd yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je. Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa. sumber: iiumc viah bulanoh.




Sumber: bulletinmedia






Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 

0 Response to "Abang Aku Ustaz Hensem Pulak Tu Tapi Dia Pilik Isteri Yang TAK CANTIK Aku Frust Sebelum Tau"

Post a Comment

loading...

Popup Set