Saya dan teman lelaki pernah tidur bersama tetapi kami tidak melakukan persetubuhan. Maksud saya, teman lelaki tidak memasukkan alat kelaminnya ke dalam bahagian sulit saya.
Adakah saya perlu mandi hadas selepas kejadian itu? Disebabkan perbuatan itu, adakah saya juga dianggap penzina?
Insaf, KL
Naluri semula jadi manusia ingin kepada pasangan bagi memastikan kesinambungan manusia di muka bumi. Ia hendaklah diurus dengan hubungan yang sah seperti perkahwinan.
Dalam permasalahan zina, Allah SWT tidak saja melarang zina juga melarang menghampirinya.
Ia dinyatakan dalam firman-Nya bermaksud; “Jangan sekali-kali kamu mendekati perbuatan zina itu, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang jijik dan jalan yang buruk sekali.” (Surah al-Isra’:32)
Perbuatan itu hendaklah dijauhi dan jangan diulangi. Permasalahan mandi terlalu kecil malah tidak perlu mandi kerana tiada persetubuhan.
Apa yang lebih besar, saudari hendaklah bertaubat dengan taubat yang sebenar iaitu taubat nasuha. Tolong jangan ulangi lagi. Mahukah anda berasa seronok sedangkan sengsara menunggu berpuluh tahun?
Sabda Rasulullah SAW bemaksud; “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah dia bersendirian dengan wanita asing, tidak ada bersamanya Mahramnya, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (HR Ahmad)
Dalam hadis lain; “Jangan sekali-kali seseorang kamu bersendirian dengan seorang wanita asing, melainkan ada bersamanya Mahramnya.” (HR Al-Bukhari dan Muslim)
Walaupun dari segi syariat, masih tidak dianggap zina tapi dari segi akhlak tetap berdosa. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT menetapkan terhadap anak-anak Adam bahagian daripada zina dan ia mengalaminya dan hal itu tidaklah mustahil.
“Zina mata adalah penglihatan, zina lidah adalah perkataan di mana diri ini menginginkan dan menyukai serta kemaluan membenarkan itu semua atau mendustainya.” (HR Bukhari).
Jaga pandangan, jaga aurat, jaga pergaulan dan jauhi perkara yang boleh mendorong kepada penzinaan kerana ia mencemar zuriat. Kemungkinan kesan penyesalannya sepanjang hayat dan kesan kepada zuriat yang lahir sehingga hari kiamat.
Innalillahiwainna Ilaihi rajiun.
http://pilihan-anda.blogspot.my
Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini
0 Response to "Saya Dan Teman Lelaki Pernah Tidur Bersama Tetapi Kami Tidak Melakukan Persetubuhan-Adakah Saya Perlu Mandi Hadas?. Ini Jawapan Mengejutkan Dari Ustaz"
Post a Comment