《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close
loading...

SANGAT MENYENUH HATI: Walaupun Hari Raya Aidilfitri, Warga Emas Ini Melarang Anak Cucunya Datang Ke Rumah Kerana..... Tak Habis Baca Sudah Berderai Air Mata,




MERANTI - “Saya larang anak dan cucu jejak kaki ke rumah, biarpun hari raya #Aidilfitri,” kata seorang warga emas di Kampung Banggol Kemudu, semalam.


>Som Salleh, 95, berkata, dia terpaksa bertindak demikian kerana keadaan lantai rumahnya yang reput hanya ditutupi tikar getah.


>Menurutnya, akibat malu dengan keadaan rumah yang serba kekurangan, dia terpaksa menutup kerosakan itu dengan menggunakan tikar getah.


“Saya rindu nak tengok cucu bergurau dan berlari dalam rumah, tapi semua itu dah jadi kenangan.


"Tak mungkin mereka dapat nikmati kenangan itu dalam rumah saya yang terlalu uzur ini.


"Saya tak mahu anak cucu cedera. Saya sendiri pernah terjatuh dan hampir terjerlus ke bahagian bawah rumah," katanya.


>Tambahnya lagi, selain lantai usang, dinding kayu rumahnya yang rosak terpaksa diganti dengan kepingan 3zink.


>Sementara itu, anaknya, Isran Jaafar, 55, berkata, rumah ibunya terlalu usang dan perlu dirombak segera.


>Menurutnya, rumah yang dibina hampir 100 tahun lalu ini, tidak dapat dibaiki kerana struktur asasnya sudah reput dan tidak berupaya bertahan dalam tempoh #masa lama.


“Sebelum ini, saya dah cuba baiki sikit-sikit, namun atas nasihat tukang rumah, kediaman ibu sepatutnya dirombak dan dibina semula.


“Ini juga mengenangkan keselamatan ibu yang tinggal di dalam rumah yang mungkin runtuh tak lama lagi,” katanya.


>Isran yang bekerja sebagai penoreh getah berkata,# kekurangan sumber kewangan menyebabkan dia tidak mampu membina semula rumah tersebut.


>Katanya, dia berharap ada pihak sedia membantu meringankan beban mereka, dalam bentuk bantuan perumahan.




Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 

0 Response to "SANGAT MENYENUH HATI: Walaupun Hari Raya Aidilfitri, Warga Emas Ini Melarang Anak Cucunya Datang Ke Rumah Kerana..... Tak Habis Baca Sudah Berderai Air Mata,"

Post a Comment

loading...

Popup Set