《==== KLIK 2X TUTUP PAPARAN INI Button Close
loading...

Suka Sedekah Kepada Pelanggan, Gerai Makan Peniaga Pemurah Ini Memang Patut Diviralkan!



Salah satu cara membuka pintu rezeki adalah dengan infaq dan sedekah. Jika kita ingin mendapatkan sesuatu maka berikanlah sesuatu kepada orang lain, asalkan niat kita ikhlas dan mengharap balasan dari Allah SWT. Tak semua orang yang berniaga tu tujuannya untuk mencari wang semata-mata, ada yang menggunakan medium pekerjaan tersebut untuk bersedekah dan menambah amal jariah.
Jom baca kisah pertemuan lelaki bernama Ikram ini yang murah rezeki apabila singgah di sebuah warung milik peniaga yang baik hati dan pemurah! Semoga boleh menjadi inspirasi buat kita semua untuk berbuat baik kepada orang lain kerana sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima.
Gerai Pak Cik Pemurah….

Kedai makan ini memang patut diviralkan !
Dalam perjalanan menuju ke Selatan tadi, hati saya tergerak untuk keluar di susur tol Pedas Linggi. Hajat dihati memang mahu cari warung untuk singgah makan tengahari kerana perut pun sudah berbunyi.
Selepas tol, saya belok ke kiri, dalam jarak 100 meter terlihat sebuah warung tanpa nama di sebelah kiri jalan. Kami singgah untuk makan.
Kami terkejut dengan hidangan pelbagai jenis lauk pauk Nismilan seperti masak lomak daging salai, masak lomak pucuk ubi, keli belado, rondang ayam serta banyak lagi yang boleh membangkitkan selera.
" Jemputlah makan dik, ambil lah mana-mana lauk", sapa seorang tua.
Sedang asyik kami menjamu selera, dihidangkan pula air sirap satu jag dengan kuih muih talam yang baru siap dimasak.
" Minumlah, tambah lauk lagi adik, ni kuih baru masak yo, jemputlah makan yo", kata pak tua ini sambil melayan kami dan pelanggan yang lain.
Bayangkan, kami makan nasi 9 orang dengan harga RM45 sahaja. Rupa-rupanya air sirap dan kuih muih tadi percuma. Allahuakbar. Rezeki apa lagi yang mahu kami dustakan.
Warung ini menyediakan nasi berlauk, aneka kuih muih tradisional yang dimasak panas di sini, aneka rempeyek dan aneka kuih talam. Semuanya sedap belaka.
Sekiranya Tuan lalu Pedas Linggi, singgah di warung ini. Pak Tua ini namanya Pak Raub, cukup hebat dan terkesan di hari cara beliau menyantuni setiap pelanggan. Ini saudagar jalanan yang hebat.
Terima kasih Puan Fuziah Mustapa and geng kerana sudi menyapa saya di sana tadi. Rezeki makan dan silaturahim yang hebat, ini semua diatur baik oleh Tuhan. Alhamdulillah.
Salam sayang.
Ikram Al-Banjari.
Viralkan Cerita Ini.

Sumber:  Ikram Al-Banjari




Nak Macam-macam Resepi Makan Best? Klik Sini
Nak Jana Income Melalui Online? Klik Sini
Cari Sumber Bacaan & Info Menarik? Klik Sini 

0 Response to "Suka Sedekah Kepada Pelanggan, Gerai Makan Peniaga Pemurah Ini Memang Patut Diviralkan!"

Post a Comment

loading...

Popup Set